To all Muslimin..!!

Followers

21 December 2011

Tahniah UMP...!!!

 


UMP Juara Kejohanan Sukan MTUN 2011


Kuantan, 18 Disember- Pasukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Universiti-universiti Teknikal (MTUN) Kali ke-4 yang berlangsung selama empat hari di Kompleks Sukan UMP di Gambang baru-baru ini .

Kejohanan ini menyaksikan empat buah universiti teknikal di Malaysia terdiri daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan jaringan universiti teknikal Malaysia (MTUN) berentap dalam 10 acara sukan yang dipertandingkan melibatkan sukan Bola Tampar (lelaki/wanita), Sepak Takraw (regu staf/pelajar/pasukan), Futsal (staf/pelajar), Bola Keranjang dan Bola Jaring (staf/pelajar).

UMP berjaya mengumpul 54 kutipan mata menewaskan UTHM dengan kiraan mata 38 diikuti UniMap 36 mata dan UTeM sebanyak 29 mata. UMP menjuarai pertandingan Bola Tampar (Wanita), Futsal (staf dan pelajar), Sepak Takraw (regu pelajar) dan Bola Keranjang. Acara sukan Sepak Takraw (staf dan pasukan) dimenangi UTeM manakala, UniMap menjuarai acara sukan Bola Tampar (lelaki)dan Bola Jaring (staf).

 

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dr. Saharudin Hj. Ismail yang mengharapkan Kejohanan MTUN ini berupaya menjadi pemangkin dalam membina semangat kerjasama dan setiakawan di antara pasukan yang bertanding. Menurut beliau, "MTUN merupakan antara platform bagi mengetengahkan bakat atlet universiti di negara ini dan memberi peluang untuk komuniti universiti bersaing secara sihat, belajar dan mengenali di antara satu sama lain dengan lebih baik."

"Ianya selaras dengan matlamat Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT) iaitu melahirkan generasi ‘The Thinking Athlete(s)’ dan mensasarkan 30 peratus daripada atlet negara terdiri daripada atlet IPT menjelang tahun 2015."

Katanya, pembangunan yang seimbang dari segi prestasi sukan dan akademik akan melahirkan graduan yang berprofesionalisme dan berdaya saing di pasaran kerja domestik dan antarabangsa.

Majlis perasmian sebelum itu disempurnakan Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin dengan diserikan upacara menaikkan bendera kejohanan Sukan MTUN oleh barisan Pegawai-Pegawai Kadet PALAPES TLDM UMP. Dalam majlis yang sama juga menyaksikan Ketua Pusat Sukan UMP, Jasni Ladin menyerahkan bendera kejohanan kepada Penolong Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM, Engr. Profesor Dr. Marizan Sulaiman sebagai simbolik bagi penganjuran kejohanan Sukan MTUN yang  bakal berlabuh di UTeM pada tahun hadapan.
 

p/s: Tahniah buat semua atlet UMP...~

No comments:

Post a Comment