To all Muslimin..!!

Followers

21 December 2011

Fakta dlm Running Man...~

Assalamualaikum WBT....<3<3<3


Salam syg, salam rindu utk semua...hehehe


Kalau anda baca entry setahun yang lalu pasti ingat ada entry yang mengatakan drama Jepun lebih hebat berbanding drama Korea. [Baca sini]Entry itu ditulis dengan penuh benci terhadap cerita-cerita Korea. Dan selepas beberapa hari satu amaran diterima. Ayatnya ringkas sahaja."Jangan terlalu membenci kerana mungkin timbul rasa sayang di sebaliknya."


Dan hari ini entry itu berkocak. Kekaguman pada drama Jepun sendikit tersentak. Bermula dari satu topik semasa lepak aku akhirnya terjebak. Aku tidak layan drama atau filem Korea kerana hanya Running Man yang aku nampak. Bukan terlalu fanatik tapi variety show ini memang memberi impak.


Running Man at channel 393 Astro or kshownow.net

Anda tidak perlu tahu Kpop atau belajar bahasa Korea. Anda tidak perlu faham apa itu 'Hwaiting' atau 'Kamsahamnida'. Anda cuma perlu tengok dan ambil pengajaran di sebaliknya.


01 Release tension
Ini punca utama ramai menonton rancangan ini. Anda cuma perlu duduk dan tengok setiap aksi. Dengan 'effect' yang melampau, anda akan ketawa berkali-kali.


02 Belajar cara selesaikan masalah
Dalam setiap episod ada misi yang perlu diselesaikan. Misi yang memerlukan ahli Running Man dan penonton menggunakan akal dan tumpuan.


03 Jangan terlalu percayakan orang lain
Ada misi yang memaparkan realiti kehidupan. Realiti kekasih diambil orang, rakan yang gemar tikam dari belakang, susah dahulu senang kemudian.


04 Tidak bersambung-sambung macam drama
Anda tidak perlu menontonnya setiap minggu seperti drama. Kerana kebanyakan episodnya tidak bersambung kecuali beberapa episod istimewa.


05 Belajar cara nak 'ayat' pasangan
Ada beberapa ayat di dalam cerita ini yang mampu menawan hati. Beberapa potong ayat itu juga ada dibawa masuk ke dalam blog ini.


06 Jangan menilai seseorang dari luaran
Pengikut cerita ini pasti sedar beberapa watak yang 'lemah' sekarang sudah menampakkan kelainan. Mungkin benar pengalaman mematangkan fikiran.


07 Tetap ada sisi lembut di sebalik ganas wanita
Hanya satu watak wanita yang kelihatan agak ganas dan berani. Tapi di sebalik semua itu dia sama seperti wanita lain yang tak lari dari perang emosi.


08 Setiap orang ada kelemahan tersendiri
Jangan ingat lelaki skema tidak berani mencuba. Dan jangan ingat lelaki berbadan sasa tidak takut apa-apa.


09 Perbezaan tawa wanita dan tangisan lelaki
Wanita bila ketawa nampak lebih bersinar dan ceria. Tapi berbanding wanita, air mata lelaki lebih bermakna. Cuma plotnya bukan seperti Akademi Fantasia.


10 Lawak spontan lagi best daripada lawak buatan
Bandingkan lawak dalam Running Man dengan Maharaja Lawak Mega. Antara lawak yang dibuat-buat atau yang berlaku dengan sendirinya. Yang mana lebih menarik anda rasa?


Entry ini ditulis tanpa rasa bongkak. Bukan untuk membanding siapa hebat siapa tidak. Pasti nanti ada orang kata aku terpengaruh tapi aku tidak kisah dan hati tidak membengkak. Malah mungkin ada kesabaran peminat drama Jepun berkocak tapi aku cuma cerita apa aku nampak. Aku tidak tahu drama Korea lain tapi bagi aku, Running Man Daebak!

No comments:

Post a Comment