To all Muslimin..!!

Followers

11 September 2011

*Solat Itu Tiang Agama..*


A. PENGERTIAN SOLAT
Maksud solat adalah ibadat kepada Allah yang dikerjakan dengan penyertaan anggota badan, lidah dan hati menurut aturan khusus pada waktu-waktu yang ditetapkan. Lebih jelas apa yang dikatakan solat ialah :
§ Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam. Dengan perbuatan itu kita beribadat kepada Allah menurut syarat dan cara-cara yang ditentukan.
§ Menghadapkan hati dan jiwa kepada Allah disertai dengan niat dan rasa takut serta rendah diri kepadaNya, sambil mengakui keagungan, kesempurnaan dan kekuasaanNya.
§ Menyatakan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah, dengan perkataan dan perbuatan yang dilakukan serentak.
§ Berhadapan dengan Allah dengan penyertaan seluruh jiwa dalam keadaan khusyuk dan rasa ikhlas sambil berzikir, membesarkan Allah dan berdoa 1

B. MENGAPA SOLAT?
Setiap orang mukmin wajib mengerjakan solat atau sembahyang kerana solat itu adalah perintah dari Allah supaya didirikan oleh setiap mukmin lelaki dan perempuan. Antara Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 110:
Maksudnya :
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan."

1 Buku bertajuk " Solat Rasulullah" susunan Mustaffa Suhaimi, cetakan
Progressive Publishing House Sdn Bhd.
Surah An-Nisaa' ayat 103 :

Maksudnya :
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."
Selain dari ayat-ayat al-quran yang menekankan tentang perintah sembahyang ke atas orang mukmin, ada pula sabda Rasulullah s.a.w yang menjelaskan tentang kewajiban solat antaranya:
Hadis Abi Mas'ud r.a katanya:
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Jibril telah turun sembahyang dengan mengimami aku. Lalu aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Baginda menghitung dengan jari baginda semuanya sebanyak lima kali sembahyang"
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 959
Dalam satu hadis lain maksudnya berbunyi :
" Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."
(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

Berdasarkan firman Allah dan hadis Rasulullah yang jelas dan tegas itu tidak ada alasan bagi orang mukmin untuk meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Mengingkari perintah solat bererti menolak perintah Allah, dan barangsiapa yang menolak perintah Allah maka dia telah merosakkan imannya dan meruntuhkan agamanya.

Jika ikhwah dan akhawat ingin mengetahui firman-firman Allah selanjutnya mengenai kewajiban solat bolehlah dirujuk pada surah-surah berikut:
Surah Ayat
Al- Baqarah 177
Al- Baqarah 277
An-Nisaa' 162
Al-Maaidah 12
Al-An'aam 72
Al-An'aam 92
Al-A'raaf 29
Al-Anfaal 3
At-Taubah 11
At-Taubah 18
At-Taubah 71
Ar-Ra'd 22
Ibrahim 31
Ibrahim 37
Ibrahim 40
Taha 132
Al-Hajj 78
An-Nur 56

1. Ibarat bagi yang Meninggalkan Solat
Soalan:
Apakah ibarat yang boleh disamakan dengan dosa orang yang meninggalkan solat fardhu beserta dengan rujukan (al-Quran/hadis). Adakah ibarat dosa itu berbeza-beza bagi setiap fardhu?
Amin, Kluang
Jawapan:
Sebenarnya tidak didapati keterangan yang sahih dalam hadis-hadis yang sahih berhubung ibarat-ibarat orang yang meninggalkan solat sebagaimana yang sering disebut oleh sesetengah kalangan orang. Umpamanya mereka mengatakan orang yang meninggalkan satu kali solat subuh maka dosanya seperti berzina dengan ibu sendiri.
Perkara ini tidak didapati penjelasannya di dalam hadis yang sahih. Yang disebutkan di dalam hadis-hadis yang sahih ialah antaranya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, menjadi kafir dan orang yang sentiasa menjaga solatnya, maka ia akan beroleh nur, hujjah dan keselamatan pada hari Kiamat, sebaliknya bagi yang tidak menjaga solat, ia tidak memperolehi nur, hujjah dan keselamatan pada hari Kiamat, malah ia akan dikumpulkan bersama dengan Qarun, Hamman, Firaun dan Ubai bin Khalaf.
Sila rujuk buku:
1. Soal Jawab Ibadah Solat DN 176
2. Solat Fardhu Dipaksa
Soalan:
Apakah hukum seseorang muslim itu mendirikan solat wajib kerana dipaksa?
Mohd Kir ,Shah Alam
Jawapan:
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". (HR. Ahmad dan Abu Dawud) Dari hadis di atas dapat kita mengambil pelajaran bahawa solat itu merupakan tiang agama yang wajib dikerjakan bagi kaum muslim. Jika anak berusia 10 tahun tidak mahu mengerjakan solat di suruh pukul sudah tentu bagi yang sudah baligh berat lagi hukumannya. Jadi tidak ada istilah dipaksa dan terpaksa dalam mengerjakan solat bagi yang sudah baligh, tetapi wajib mengerjakannya bagi setiap kaum muslimin. Dalam sebuah hadis ada disebutkan, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat". (Riwayat Muslim)

3. Tidak Mengerjakan Solat
Soalan:
a. Sekiranya seseorang bersumpah dengan nama allah yang dia akan solat namun dia tak laksana sumpahnya atau tak mengerjakannya.?
b. Seseorang itu dari kecil hingga dia berkahwin tak pernah mengerjakan solat. Adakah dia patut mengqada' solatnya atau sebaliknya...... ?

Jawapan:
Sungguh besar dosa bagi orang yang meninggalkan solat, kerana solat merupakan tiang agama. Betapapun banyak perbuatan baik yang lain kita kerjakan namun tidak melaksanakan solat maka sia-sialah amalan baik tersebut. Bersumpah atau berjanji untuk mengerjakan solat kemudian memungkiri janjinya kepada Allah disamping ia memikul dosa meninggalkan solat ia juga memikul dosa permainan janji-janjinya itu. Oleh sebab itu hanya dengan bertaubat kepada Allah serta memulai hidup baru dengan sentiasa mengerjakan solat dan jangan meninggalkannya walau dalam keadaan bagaiamana sekalipun. Qada lah solat-solat yang sengaja telah ditinggalkan semampu kita agar kita tergolong insan yang bersyukur dan diselamatkan Allah di kemudian hari. Insya Allah.
Sila rujuk buku-buku berikut:
1. Amaran Mengabaikan Solat DN 097
2. Taubat - Amalan dan Penghayatannya DN 186

D. CONTOH KISAH ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
MENGKEBUMIKAN BABI HUTAN
Seorang kanak-kanak datang mengadap Rasulullah s.a.w sambil menangis. Hal itu mennghairankan Rasulullah yang sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya.
"Mengapa engkau menangis anakku?" Tanya Rasulullah.
"Ayahku telah meninggal, tetapi tidak seorangpun datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan. Siapakah yang akan memandikan ayhku dan mengkebumukannya?" Tanya anak itu.
Nabi lalu menyuruh Abu Bakar dan Umar pergi melihat jenazah tersebut. Kedua mereka amat terkejut setelah melihat mayat itu sudah bertukar menjadi babi hutan. Mereka pun segera pergi memberitahu Rasulullah.
Maka Rasulullah dating sendiri ke rumah anak itu. Baginda berdoa kepada Allah sehingga babi hutan itu bertukar menjadi jenazah manusia. Kemudian Rasulullah menyembahyangkan jenazah tersebut.
Ketika jenazah itu hendak dikebumikan ia berubah menjadi babi hutan semula.
Melihat kejadian itu Rasulullah bertanya kepada kana-kanak tersebut apakah yang dilakukan oleh ayahnya sewaktu hidupnya.
"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat sepanjang hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."