To all Muslimin..!!

Followers

27 January 2011

NC UMP lancar Pelan Strategik 2011-2015


NC UMP lancar Pelan Strategik 2011-2015


Kuantan, 25 Januari – "Pendekatan transformasi, migrasi sikap dan penjajaran strategik bakal  menjadikan UMP sebagai sebuah universiti teknologi pilihan utama bertaraf dunia," kata Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan kepada kira-kira 5,000 warga UMP dalam Majlis Amanat Naib Canselor dan Pelancaran Pelan Strategik 2011-2015 di Kompleks Sukan UMP baru-baru ini.

  

Empat objektif yg digariskan :
1. Melahirkan graduan yang berketerampilan melalui penawaran program kejuruteraan dan teknologi yang kompetetif.
2. UMP akan menerajui inisiatif terkini dalam bidang penyelidikan berkaitan dengan industri.
3. UMP akan menjadi peneraju dalam menyediakan perkhidmatan kepada industri dan masyarakat berdasarkan tujahan dan bidang kepakaran. 4. UMP antara organisasi yang mengamalkan budaya kerja cemerlang dalam pengurusannya.

Empat bidang keberhasilan utama universiti (UKRA) :
1. Peningkatan kualiti akademik.
2. Kesinambungan kewangan.
3. Pembangunan sosio- ekonomi.
4. Penjenamaan UMP untuk kedudukan yang strategik.

"Pelaksanaan pelan strategik lima tahun ini mempunyai tiga fenomena kritikal yang menentukan kejayaan UMP".
Menurutnya, penjajajaran kompetetif memerlukan UMP mewujudkan kelainan dan keunikan berbanding IPT lain yang menawarkan program kejuruteraan termasuk dari segi program akademik, penyelidikan, perundingan dan penerbitan.

Sepanjang sembilan tahun kewujudan universiti ini, UMP berevolusi dengan dua fasa perdana :
1. Meletakkan asas sebagai universiti teknikal.
2. Memperkukuhkan asas serta menjana kecemerlangan.

Pelan Strategik UMP 2011-2015 ini direncana dengan mengambilkira pencapaian semasa universiti, semakan semula terhadap Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Dalam majlis ini Dato' Daing turut menyampaikan watikah pelantikan dalam merealisasikan UKRA di UMP.

  
Bagi KRA pertama,  Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Badhrulhisham  Abdul Aziz dilantik menerajui usaha dalam meningkatkan kualiti akademik.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dato' Dr. Rosli Mohd. Yunus dilantik menerajui UKRA kedua iaitu kelestarian kewangan dan UKRA ketiga bagi pembangunan sosio-ekonomi dipimpin Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin.

p/s : Rase sangat bangge jd sebahagian dari warga UMP....hehehe....sayang UMP...

No comments:

Post a Comment