To all Muslimin..!!

Followers

24 January 2011

Malam Puisi Riong 'Apakah Dosaku'...

Salam...
Bertemu lg kita... :)

Malam Puisi Riong 'Apakah Dosaku'..


 Malam Puisi diadakan adalah utk membuka mata kita sebagai individu yang bertanggungjawab pd diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara... Apakah Dosaku????  Sering kita dgr bahawa kes pembuangan bayi semakin melarat di kalangan masyarakat kita.. Mengapa semua ini terjadi?? kerana kurang nya pengangan iman, kurangnya didikan dari ibu bapa dan pengaruh dari insan yang rapat dengan kita. Aku ingt lg, sewaktu sekolah dulu, semua org harus memilih seorang kawan yang terbaik utk kita. Bukan apa, sekali kita dh terjebak dgn perkara sebegini, kita sememangnya tidak boleh berpatah balik. Sememangnya, selepas jd macam ni, terutama nya pada insan yang bernama PEREMPUAN!!! mana mahu letak muka, perut semakin besar, bayi semakin mengembang dalam rahim suci itu, namun, setelah ia dilahirkan, ia dilemparkan merata2 sehingga menjadi gonggongan anjing.. Betapa kejam nya pd insan yang membuang ia.. Ia tidak berdosa, tp mengapa Ia di jadikan begitu??? Sedangkan suami isteri yang telah berpuluh2 tahun merana tidak dapat cahaya mata, bayi kecil yang kesejukan dibuang mcm tu saja!!! Ya Allah, tidakkah Engkau melemparkan sedikit perasaan belas kasihan kpd si Ibu yang melahirkan agar dia tidak membuang bayi tersebut?? Kalau Ya, mengapa bayi masih dibuang ke dalam tong sampah, lonkang, depan masjid??? Mengapa??? Kerana manusia dah tak ada perasaan malu pada diri sendiri, dah tak kenal apa itu dosa dan pahala!! Kerana ini lah, pembuangan bayi masih berleluansa...
So, utk semua, jika kita tak buat perkara terkutuk itu, kita sbg individu patut memberi pantauan kpd masyarakat bahawa perkara yang semakin merebak ini dapat dihentikan...


Berbalik kepada Malam Puisi Riong, sebagai membuka tirai Kempen Kami Prihatin "Apakah Dosaku", Malam Puisi Riong BH-UMP menyaksikan gandingan mantap tokoh sastera, akademik dan artis popular dalam menyampaikan  persembahan  berkonsepkan Lagu Puisi mengenai kesedaran dan keinsafan dalam menangani gejala sosial serta pembuangan bayi di Negara ini.

Sebagai Permulaan, Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir tampil menyampaikan persembahan puisi bertajuk "Wahai Anakku" dengan memberi nasihat dan ingatan terhadap anak-anak muda yang merupakan pewaris bangsa. Beliau turut menyatakan kerisauan ibu bapa dalam memikul tanggungjawab demi memastikan kecemerlangan masa depan anak-anak.





Antara artis yang beraksi di Kompleks Sukan UMP ini ialah  Ramli Sarip, penyanyi Jazz Taheera Rosheena; Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2000, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin; penyair Pahang Marsli NO (Ramli Selamat), Juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan.Turut serta peserta Akademi Nasyid 2008, Mohd Shukri Nasron (Cicik), penyair-penyair siber daripada Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-Sastera), Anbakri dan Kablam diiringi pemain keyboard Juan Einriqie yang dibawa khas dari Singapura, penyair indie, Fynn Jamal dan penampilan Ahmad Fitri Yahya (TV3) sebagai pengacara.
Tetamu kehormat ialah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al- Haj.
Hadir sama menyampaikan puisi, Pengarah Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid, dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suhaimi Ibrahim. Lebih 3000 di kalangan mahasiswa UMP, pelajar sekolah, IPT sekitar Kuantan dan  persatuan bukan kerajaan (NGO) hadir memeriahkan program yang julang kalinya diadakan di UMP ini.

Program yang sebegini dpt membuka mata kita supaya segala nasihat yang diberikan, kita harus terima n praktikkan agar gejala seperti ini dapat dikurangkan!!!

Sekian, Wslm..

No comments:

Post a Comment