To all Muslimin..!!

Followers

27 January 2011

NC UMP lancar Pelan Strategik 2011-2015


NC UMP lancar Pelan Strategik 2011-2015


Kuantan, 25 Januari – "Pendekatan transformasi, migrasi sikap dan penjajaran strategik bakal  menjadikan UMP sebagai sebuah universiti teknologi pilihan utama bertaraf dunia," kata Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan kepada kira-kira 5,000 warga UMP dalam Majlis Amanat Naib Canselor dan Pelancaran Pelan Strategik 2011-2015 di Kompleks Sukan UMP baru-baru ini.

  

Empat objektif yg digariskan :
1. Melahirkan graduan yang berketerampilan melalui penawaran program kejuruteraan dan teknologi yang kompetetif.
2. UMP akan menerajui inisiatif terkini dalam bidang penyelidikan berkaitan dengan industri.
3. UMP akan menjadi peneraju dalam menyediakan perkhidmatan kepada industri dan masyarakat berdasarkan tujahan dan bidang kepakaran. 4. UMP antara organisasi yang mengamalkan budaya kerja cemerlang dalam pengurusannya.

Empat bidang keberhasilan utama universiti (UKRA) :
1. Peningkatan kualiti akademik.
2. Kesinambungan kewangan.
3. Pembangunan sosio- ekonomi.
4. Penjenamaan UMP untuk kedudukan yang strategik.

"Pelaksanaan pelan strategik lima tahun ini mempunyai tiga fenomena kritikal yang menentukan kejayaan UMP".
Menurutnya, penjajajaran kompetetif memerlukan UMP mewujudkan kelainan dan keunikan berbanding IPT lain yang menawarkan program kejuruteraan termasuk dari segi program akademik, penyelidikan, perundingan dan penerbitan.

Sepanjang sembilan tahun kewujudan universiti ini, UMP berevolusi dengan dua fasa perdana :
1. Meletakkan asas sebagai universiti teknikal.
2. Memperkukuhkan asas serta menjana kecemerlangan.

Pelan Strategik UMP 2011-2015 ini direncana dengan mengambilkira pencapaian semasa universiti, semakan semula terhadap Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Dalam majlis ini Dato' Daing turut menyampaikan watikah pelantikan dalam merealisasikan UKRA di UMP.

  
Bagi KRA pertama,  Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Badhrulhisham  Abdul Aziz dilantik menerajui usaha dalam meningkatkan kualiti akademik.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dato' Dr. Rosli Mohd. Yunus dilantik menerajui UKRA kedua iaitu kelestarian kewangan dan UKRA ketiga bagi pembangunan sosio-ekonomi dipimpin Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin.

p/s : Rase sangat bangge jd sebahagian dari warga UMP....hehehe....sayang UMP...

25 January 2011

Art Of Coffee....~

Salam syg utk semua..

Ari ni ak just nk kongsi la sikit ape yg ak minat...hehehe..
COFFEE......ak sangat suke minum coffee...lagi2 kalo yg mcm kat bawah ni...hmm..sangat tasty...
Ak nk sangat belajar benda2 ni sume...boleh la buka coffee shop sndiri..huhu
Hari2 boleh minum n create new design for coffee...

Kalo lah ade some1 yg boleh ajar ak camne nk buat ni kn bagus...hehehe...nk belajar ngan internet leceh la plak...huhu
Harap2 suatu hari nanti ak boleh belajar n buka coffee shop sndiri...hehe...mesti syok nye...

 Lady-face design ni sangat unik...mmmm

Yg ni paling cute...kalo ak dpt minum yg ni, mau nk tambah lg ni...huhuhu

Salangaeul coffee...hahaha..(ntah betul ke tidak nama)...


Boleh dijadikn utk minum pagi....hehehe...

Sangat kreatif n unik...i like this one more...hehehe


Hello mongkey...may i drink u..?? hahaha

Tu je lah yg ak nk kongsi kat sini...cukup sudah utk kali ini...see ya...
Salam sayang....

24 January 2011

Malam Puisi Riong 'Apakah Dosaku'...

Salam...
Bertemu lg kita... :)

Malam Puisi Riong 'Apakah Dosaku'..


 Malam Puisi diadakan adalah utk membuka mata kita sebagai individu yang bertanggungjawab pd diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara... Apakah Dosaku????  Sering kita dgr bahawa kes pembuangan bayi semakin melarat di kalangan masyarakat kita.. Mengapa semua ini terjadi?? kerana kurang nya pengangan iman, kurangnya didikan dari ibu bapa dan pengaruh dari insan yang rapat dengan kita. Aku ingt lg, sewaktu sekolah dulu, semua org harus memilih seorang kawan yang terbaik utk kita. Bukan apa, sekali kita dh terjebak dgn perkara sebegini, kita sememangnya tidak boleh berpatah balik. Sememangnya, selepas jd macam ni, terutama nya pada insan yang bernama PEREMPUAN!!! mana mahu letak muka, perut semakin besar, bayi semakin mengembang dalam rahim suci itu, namun, setelah ia dilahirkan, ia dilemparkan merata2 sehingga menjadi gonggongan anjing.. Betapa kejam nya pd insan yang membuang ia.. Ia tidak berdosa, tp mengapa Ia di jadikan begitu??? Sedangkan suami isteri yang telah berpuluh2 tahun merana tidak dapat cahaya mata, bayi kecil yang kesejukan dibuang mcm tu saja!!! Ya Allah, tidakkah Engkau melemparkan sedikit perasaan belas kasihan kpd si Ibu yang melahirkan agar dia tidak membuang bayi tersebut?? Kalau Ya, mengapa bayi masih dibuang ke dalam tong sampah, lonkang, depan masjid??? Mengapa??? Kerana manusia dah tak ada perasaan malu pada diri sendiri, dah tak kenal apa itu dosa dan pahala!! Kerana ini lah, pembuangan bayi masih berleluansa...
So, utk semua, jika kita tak buat perkara terkutuk itu, kita sbg individu patut memberi pantauan kpd masyarakat bahawa perkara yang semakin merebak ini dapat dihentikan...


Berbalik kepada Malam Puisi Riong, sebagai membuka tirai Kempen Kami Prihatin "Apakah Dosaku", Malam Puisi Riong BH-UMP menyaksikan gandingan mantap tokoh sastera, akademik dan artis popular dalam menyampaikan  persembahan  berkonsepkan Lagu Puisi mengenai kesedaran dan keinsafan dalam menangani gejala sosial serta pembuangan bayi di Negara ini.

Sebagai Permulaan, Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir tampil menyampaikan persembahan puisi bertajuk "Wahai Anakku" dengan memberi nasihat dan ingatan terhadap anak-anak muda yang merupakan pewaris bangsa. Beliau turut menyatakan kerisauan ibu bapa dalam memikul tanggungjawab demi memastikan kecemerlangan masa depan anak-anak.





Antara artis yang beraksi di Kompleks Sukan UMP ini ialah  Ramli Sarip, penyanyi Jazz Taheera Rosheena; Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2000, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin; penyair Pahang Marsli NO (Ramli Selamat), Juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan.Turut serta peserta Akademi Nasyid 2008, Mohd Shukri Nasron (Cicik), penyair-penyair siber daripada Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-Sastera), Anbakri dan Kablam diiringi pemain keyboard Juan Einriqie yang dibawa khas dari Singapura, penyair indie, Fynn Jamal dan penampilan Ahmad Fitri Yahya (TV3) sebagai pengacara.
Tetamu kehormat ialah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al- Haj.
Hadir sama menyampaikan puisi, Pengarah Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid, dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suhaimi Ibrahim. Lebih 3000 di kalangan mahasiswa UMP, pelajar sekolah, IPT sekitar Kuantan dan  persatuan bukan kerajaan (NGO) hadir memeriahkan program yang julang kalinya diadakan di UMP ini.

Program yang sebegini dpt membuka mata kita supaya segala nasihat yang diberikan, kita harus terima n praktikkan agar gejala seperti ini dapat dikurangkan!!!

Sekian, Wslm..

Antara Program2 Yg Akan Dilaksanakan oleh PERSIS UMP......~

1. PROGRAM OUTREACHED BKK

Date     :            8 FEB ( Kampus Pekan )
                          10 FEB ( Kampus Gambang )
Venue  :            Payung Putih Kafeteria KK1 & KK3 ( Kampus Gambang )
                          Auditorium FKM,UMP ( Kampus Pekan )

 JAWATANKUASA PELAKSANA             

Penasihat                                        Puan Paridah Bt Mohd Ali

Pengarah program                          Rashadah bt Ab. Hakim Hamir

Timb. Pengarah program                Taufeq Bin Abd. Aziz

Setiausaha                                      Nurul Asyikin bt Ahmad

Bendahari                                       Khairul Abidin B Ghazali

AJK Multimedia                             Muhammad Ardham Bin Anuar

AJK Logistik & Teknikal                Siti Fairun Annisha bt Hassan
                                                      Mohammad Fazrun bin Bantalani

AJK Makanan                                Mazni bt Che Mohd Zailani
                                                      Mohammad Khairushany bin Abd. Rashid

AJK Tugas-Tugas Khas                  Nurul Fauziana bt Abu Bakar



2.Program Hikmah Kembara Universiti Malaysia Pahang Semester 2 Sesi 2010/2011

Tarikh: 12 februari 2010 ( Sabtu )
Tempat: Astaka Universiti Malaysia Pahang

Program Hikmah Kembara Universiti Malaysia Pahang 2010/2011  buat semua pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan pada CGPA diantara 2.00 hingga 2.30.

AJK PELAKSANA PROGRAM

Penasihat                                        Puan Paridah Bt Mohd Ali

Pengarah program                           Mohd Helmi Bin Rasid

Timb. Pengarah program                Nur Sara Syuhada Bt. Baharudin

Setiausaha                                      Rashadah Bt. Hakim Hamir

Bendahari                                       Taufeq Bin Abd. Aziz

AJK Multimedia                              Abdul Khairul bin Abd Hamid
                                                       Nur Ashikin Bt. Ahmad

AJK Logistik & Teknikal                  Khairul Abidin B Ghazali
                                                        Muhammad Ardham Bin Anuar

AJK Makanan                                Siti Rohani bt Mohamad
                                                       Mohammad Khairushany bin Abd Rashid

AJK Tugas-Tugas Khas                  Mazni Bt Che Mohd Zailani
                                                       Nurulnizam bt mohammad

AJK Pendaftaran                             Nur Arina Bt Mohd Akhir

                                                       Fazreeny bt Adnan

3. Program Sure Hired

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

 Tarikh : 19 Feb ( Gambang )
              20 Feb ( Pekan )
Masa : 9.00pg-5.00ptg 

Penasihat                                          Puan Paridah Bt Mohd Ali

Pengarah program                            Zulfadhli Bin Sohok

Timb. Pengarah program                  Taufeq Bin Abd. Aziz

Setiausaha         ...                            Rashadah Bt. Hakim Hamir

Bendahari                                        Nur Sara Syuhada Bt. Baharudin

AJK Multimedia                               Khairul Abidin B Ghazali

AJK Logistik & Teknikal                  Ahmad Aizuddin Faiz B Che Jaafar
                                                        Muhammad Ardham Bin Anuar


AJK Makanan                                 Nurul Farahain Bt. Azman
                                                        Hasmariza Bt Mohamad


AJK Tugas-Tugas Khas                  Mohd. Nazarni Bin Che Isa


4. KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN 2011

MOTTO : DETERMINE FUTURE, GET THE RIGHT JOB
VENUE : DBP / ASTAKA
DATE : 22 – 24 March
TIME : 9 a.m – 5 p.m

MAJLIS TERTINGGI
PENGARAH : MOHD ZULKIFLI
TIMBALAN PENGARAH 1 : MOHD HELMI
TIMBALAN PENGARAH 2 : ZUL SOHOK
SETIAUSAHA 1 : MUNIRAH
SETIAUSAHA 2 : HASMARIZA BINTI MOHAMED
BENDAHARI : HASHIMAH

AJK
- LOGISTIK & TECH
~KHAIRULSANI,NIZAM,WAN
- MAKANAN
~SITI ZULAIKA,SARA,AQILAH
- MULTIMEDIA & BUKU PROGRAM
~’AIEEN,WANIEY,SABRI
- PENDAFTARAN & SAMBUTAN & PROTOKOL
~SHADAH,MAZNI,FIKRIL
- PUBLISITI & TAJAAN
~HELMI,KHAIRUL,TOPEK
- CENDERAHATI & SIJIL & CABUTAN RAHMAT
~ARINA,HANI,RIEN
- PAMERAN
~KENSYI ,NISHA,DANIAL
- CERAMAH & TEMUDUGA
~AYUNI,UMMIE,AIN
- KESELAMATAN & KESIHATAN
~FAZRUN,ARDHAM,AWANI
- PC & DEE JAY
~NAZA,DIN

MAKANAN
- TENTUKAN TEMPAT MAKAN
- STATION UNTUK BAHAGI MAKANAN, SIAPA JAGA
- MENU,DAPATKAN QUOTATION ( SEBUT HARGA )
- MAKAN UNTUK PETUGAS ( MULA DARI DUA HARI SEBELUM KEJADIAN) , PERASMIAN
- AIR MINERAL
LOGISTIK
- PA SYSTEM
- KHEMAH
- KERUSI,MEJA
- LAYOUT (BACKDROP)
- SETTEE VIP
- WALKIE TALKIE
- KENDERAAN
- ALAS MEJA
- PENGINAPAN
MULTIMEDIA & BUKU PROGRAM
- MAKLUMAT TENTANG PROGRAM
- SPONSORSHIP , LAYOUT BANNER
- VIDEO KORPORAT ( MONTAJ )
- LAGU NEGARAKU , LAGU UMP
- BUKU PROGRAM ( VIP )
PENDAFTARAN & SAMBUTAN & PROTOKOL
- SENARAI NAMA PESERTA DARI SEKOLAH , PESERTA KARNIVAL , PESERTA BOOTH
- PENDAFTARAN VIP
- SAMBUT VIP
- DJ

PUBLISITI & TAJAAN
- REKA BANNER & BANTING KAT KUANTAN & GAMBANG , PUBLISH E-COMM , POSTER KAT UMP
- CARI SPONSORSHIP
CENDERAHATI , SIJIL , CABUTAN
- CARI CENDERAHATI UNTUK PENCERAMAH , VIP , SYARIKAT , PERASMI
- BUAT SIJIL AJK
- SEDIA NOMBOR UNTUK CABUTAN
- SEDIA HADIAH UNTUK CABUTAN
PAMERAN
- SEDIAKAN BOOTH DAN LAYOUT
- LAYOUT UNTUK BOOTH DAN PAMERAN
- NAMA-NAMA PESERTA PAMERAN
- DEPOSIT KEBERSIHAN
CERAMAH
- SENARAI PELAJAR YANG DATANG , PENCERAMAH DAN TAJUK CERAMAH , JADUAL CERAMAH
- FLOW PELAJAR KE SESI CERAMAH DAN TEMPAT CERAMAH
KESELAMATAN & KESIHATAN
- BUAT LAYOUT PARKING DAN FLOW KELUAR MASUK KENDERAAN UMP
- DEAL DENGAN GUARD UNTUK MENGIRINGI VIP APABILA SAMPAI
- KAWAL LALU LINTAS SEPANJANG PROGRAM
- MENGADAKAN PONDOK KECEMASAN DAN DEAL DENGAN PIHAK KLINIK UMP
KARNIVAL
- POST PADA MEMO SIAPA YANG BERMINAT UNTUK BERNIAGA
- DEAL DENGAN KAWAN UNTUK SENARAI PENIAGA
- BINCANG TENTANG HARGA TAPAK DAN DEPOSIT KEBERSIHAN
- LAYOUT TAPAK KARNIVAL
- TENTUKAN JENIS JUALAN
TEMUDUGA TERBUKA
- TETAPKAN TEMPAT DAN WAKTU UNTUK SYARIKAT JALANKAN TEMUDUGA
- URUSKAN MAKLUMAT TENTANG TEMUDUGA

P/S : Jawatan sudah muktamad...kepada ahli PERSIS yang tiada namanye tersenarai dalam senarai tugas,sila beritahu pada saya secepat mungkin...kerjasama anda semua amat diharapkan... =>






 

23 January 2011

Seminar Perancangan Kerjaya Mahasiswa di USIM....

Tarikh: 22 Januari 2011
Masa: Jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: USIM, Kampus Nilai

Seminar Perancangan Kerjaya Mahasiswa ni under Pembimbing Rakan Universiti USIM, so semua ahli PRU di setiap universiti dijemput hadir. Bagi UMP, ahli PERSIS tahun pertama dipilih utk menghadiri seminar ini.
 1st expression kitorang sal seminar ni, xde ape2, just nk pegi jalan2 n jumper member lame kat sane je..hehehe...
Tp, bile dah merasai seminar ni, kitorang tahu banyak input yg sangat bergune utk kitorang merancang kerjaya di masa hadapan....

Seminar ni sangat best. Ak ngan member2 yg  lain sangat teruja bila kami diberitahu ade seminar di USIM..
Universiti Sains Islam Malaysia telah menjemput semua universiti seluruh Malaysia.. UMP dijemput utk menghantar wakil seramai 20 org..

Antara ahli PERSIS yg pergi adalah:
  1. Topek
  2. Nazar
  3. Khairushany
  4. Fazrun
  5. Khairul Abidin
  6. Helmi
  7. khairul (aku)
  8. Wan
  9. Ardham
  10. Ayep
  11. Ain
  12. Sara
  13. Wani
  14. Arina
  15. K-syi
  16. Mazni
  17. Aqielah
  18. Nisha
  19. Rin
  20. Hani
Kitorang sume happy je...Ade jugak la part yg very mengantuk n membosankn...iaitu time forum 2..huhu
Tp, diorang punya cenderamata sangat best n menarik..Thanks la, kat all urusetia USIM yg bertungkus-lumus dlm menjayakn seminar ni...Hope next time dapat join lg seminar2 mcm ni...sangat berbaloi join seminar cam ni...
Very the best....hehehe

Program Bijak Belajar...

Ni pic kitorang ahli PERSIS tengah makan pagi kat astaka ump...huhuhu
Semua kelaparan je...haha
Pic ni time Program Bijak Belajar...
Objektif program ni utk menaikkan semangat mahasiswa/i yg telah mendapat keputusan P1P2.
ni 1st program yg kitorang handle sebagai ahli PERSIS UMP...hehehe
Very enjoy that moments...
Ade banyak lagi pic utk program ni..ade mase ak upload lg..hehehe

Lagu Tema PERSIS..

 MeNjaDi DiRiKu...~

Tak seperti bintang di langit,
Tak seperti indah pelangi,
Kerna diriku bukanlah mereka,
Ku apa adanya....

Wajahku kn memang begini,
Sikap ku jelas tak sempurna,
Ku akui ku bukanlah mereka,
Ku apa adanya...

c/o Menjadi diriku,
      Dengan segala kekurangan,
      Menjadi diriku,
      Atas kelebihanku...

     Terimalah aku,
     Seperti apa adanya,
     Aku hanya insan biasa,
     Tak mungkin sempurna...

     Tetap ku bangga,
     Atas apa yang ku punya,
     Setiap waktu ku nikmati,
     Anugerah hidup yang ku miliki...

Ulang c/o 

Terimalah aku,
Seperti apa adanya,
Aku hanya insan biasa....ooo...ooo..

Tetap ku bangga,
Atas apa yang ku punya,
Setiap waktu ku nikmati,
Anugerah hidup yang ku miliki...ooo..ooo..










Personaliti mengikut bulan kelahiran....

Thanks to Dato'...hehehe