To all Muslimin..!!

Followers

21 December 2011

Wang Kertas 2012..~



Salam, update ringkas untuk petang nih. wang kertas siri baru... Banyak yang belum tengok kan?? Meh, nak tunjuk.. gambar atas tuh... :)
 ***


Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru bagi wang kertas baru rm1, rm5, rm10, rm20, rm50 ( yang kita guna sekarang nih ) dan rm100. dan wang syiling bagi negara Malaysia. Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012 dengan membawakan ciri keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharui. 

Tahniah UMP...!!!

 


UMP Juara Kejohanan Sukan MTUN 2011


Kuantan, 18 Disember- Pasukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Universiti-universiti Teknikal (MTUN) Kali ke-4 yang berlangsung selama empat hari di Kompleks Sukan UMP di Gambang baru-baru ini .

Kejohanan ini menyaksikan empat buah universiti teknikal di Malaysia terdiri daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan jaringan universiti teknikal Malaysia (MTUN) berentap dalam 10 acara sukan yang dipertandingkan melibatkan sukan Bola Tampar (lelaki/wanita), Sepak Takraw (regu staf/pelajar/pasukan), Futsal (staf/pelajar), Bola Keranjang dan Bola Jaring (staf/pelajar).

UMP berjaya mengumpul 54 kutipan mata menewaskan UTHM dengan kiraan mata 38 diikuti UniMap 36 mata dan UTeM sebanyak 29 mata. UMP menjuarai pertandingan Bola Tampar (Wanita), Futsal (staf dan pelajar), Sepak Takraw (regu pelajar) dan Bola Keranjang. Acara sukan Sepak Takraw (staf dan pasukan) dimenangi UTeM manakala, UniMap menjuarai acara sukan Bola Tampar (lelaki)dan Bola Jaring (staf).

 

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dr. Saharudin Hj. Ismail yang mengharapkan Kejohanan MTUN ini berupaya menjadi pemangkin dalam membina semangat kerjasama dan setiakawan di antara pasukan yang bertanding. Menurut beliau, "MTUN merupakan antara platform bagi mengetengahkan bakat atlet universiti di negara ini dan memberi peluang untuk komuniti universiti bersaing secara sihat, belajar dan mengenali di antara satu sama lain dengan lebih baik."

"Ianya selaras dengan matlamat Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT) iaitu melahirkan generasi ‘The Thinking Athlete(s)’ dan mensasarkan 30 peratus daripada atlet negara terdiri daripada atlet IPT menjelang tahun 2015."

Katanya, pembangunan yang seimbang dari segi prestasi sukan dan akademik akan melahirkan graduan yang berprofesionalisme dan berdaya saing di pasaran kerja domestik dan antarabangsa.

Majlis perasmian sebelum itu disempurnakan Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin dengan diserikan upacara menaikkan bendera kejohanan Sukan MTUN oleh barisan Pegawai-Pegawai Kadet PALAPES TLDM UMP. Dalam majlis yang sama juga menyaksikan Ketua Pusat Sukan UMP, Jasni Ladin menyerahkan bendera kejohanan kepada Penolong Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM, Engr. Profesor Dr. Marizan Sulaiman sebagai simbolik bagi penganjuran kejohanan Sukan MTUN yang  bakal berlabuh di UTeM pada tahun hadapan.
 

p/s: Tahniah buat semua atlet UMP...~

Fakta dlm Running Man...~

Assalamualaikum WBT....<3<3<3


Salam syg, salam rindu utk semua...hehehe


Kalau anda baca entry setahun yang lalu pasti ingat ada entry yang mengatakan drama Jepun lebih hebat berbanding drama Korea. [Baca sini]Entry itu ditulis dengan penuh benci terhadap cerita-cerita Korea. Dan selepas beberapa hari satu amaran diterima. Ayatnya ringkas sahaja."Jangan terlalu membenci kerana mungkin timbul rasa sayang di sebaliknya."


Dan hari ini entry itu berkocak. Kekaguman pada drama Jepun sendikit tersentak. Bermula dari satu topik semasa lepak aku akhirnya terjebak. Aku tidak layan drama atau filem Korea kerana hanya Running Man yang aku nampak. Bukan terlalu fanatik tapi variety show ini memang memberi impak.


Running Man at channel 393 Astro or kshownow.net

Anda tidak perlu tahu Kpop atau belajar bahasa Korea. Anda tidak perlu faham apa itu 'Hwaiting' atau 'Kamsahamnida'. Anda cuma perlu tengok dan ambil pengajaran di sebaliknya.


01 Release tension
Ini punca utama ramai menonton rancangan ini. Anda cuma perlu duduk dan tengok setiap aksi. Dengan 'effect' yang melampau, anda akan ketawa berkali-kali.


02 Belajar cara selesaikan masalah
Dalam setiap episod ada misi yang perlu diselesaikan. Misi yang memerlukan ahli Running Man dan penonton menggunakan akal dan tumpuan.


03 Jangan terlalu percayakan orang lain
Ada misi yang memaparkan realiti kehidupan. Realiti kekasih diambil orang, rakan yang gemar tikam dari belakang, susah dahulu senang kemudian.


04 Tidak bersambung-sambung macam drama
Anda tidak perlu menontonnya setiap minggu seperti drama. Kerana kebanyakan episodnya tidak bersambung kecuali beberapa episod istimewa.


05 Belajar cara nak 'ayat' pasangan
Ada beberapa ayat di dalam cerita ini yang mampu menawan hati. Beberapa potong ayat itu juga ada dibawa masuk ke dalam blog ini.


06 Jangan menilai seseorang dari luaran
Pengikut cerita ini pasti sedar beberapa watak yang 'lemah' sekarang sudah menampakkan kelainan. Mungkin benar pengalaman mematangkan fikiran.


07 Tetap ada sisi lembut di sebalik ganas wanita
Hanya satu watak wanita yang kelihatan agak ganas dan berani. Tapi di sebalik semua itu dia sama seperti wanita lain yang tak lari dari perang emosi.


08 Setiap orang ada kelemahan tersendiri
Jangan ingat lelaki skema tidak berani mencuba. Dan jangan ingat lelaki berbadan sasa tidak takut apa-apa.


09 Perbezaan tawa wanita dan tangisan lelaki
Wanita bila ketawa nampak lebih bersinar dan ceria. Tapi berbanding wanita, air mata lelaki lebih bermakna. Cuma plotnya bukan seperti Akademi Fantasia.


10 Lawak spontan lagi best daripada lawak buatan
Bandingkan lawak dalam Running Man dengan Maharaja Lawak Mega. Antara lawak yang dibuat-buat atau yang berlaku dengan sendirinya. Yang mana lebih menarik anda rasa?


Entry ini ditulis tanpa rasa bongkak. Bukan untuk membanding siapa hebat siapa tidak. Pasti nanti ada orang kata aku terpengaruh tapi aku tidak kisah dan hati tidak membengkak. Malah mungkin ada kesabaran peminat drama Jepun berkocak tapi aku cuma cerita apa aku nampak. Aku tidak tahu drama Korea lain tapi bagi aku, Running Man Daebak!

13 December 2011

Creative Ways to Tie Our Shoes !

Assalamualaikum ~
Hello Mello Yello everibadeh..
da lme x update blog neh..smpai lupa dh yg aku ade blog...haha !
aduh-hai-puunn..
hari neh aku nk kongsi cket apa yg telah aku tuntut di gunung himalaya selama 2 tahun ni..
dan hasilnya....tereteng teng teng (efect bunyi biola)...


Ladder Style..pewitt ~

Zipper zeep zeep ~


Double back ! kuak lentang ke ape ni?


Loop Back..bkn look back ye ~

Ha, ni wt jalan dlm semak samun..Bush-walk

Sape yg gigi jongang bergergaji, blh la cuba yg ni..Sawtooth

ini dia beg kaki..Footbag

Display..dun play2 bebeh ~

Hash...shumm ~

Twistie..perisa barbeque, enak dimakan begitu saja ~

Hidden Knot...yg ni, hidden leaf vilage, kgkwn naruto pgasas nye

Riding Bow..mnyulitkan la care pkai yg ni

Checkerboard..blh maen checker dikala kebusanan berlabuh tirai senja

Lattice..cam anyaman tikar gitu

Bi-Colour..pon boley ~

sama-samalah kita memeriahkan ikatan tali kasut kita dgn suasana yg harmoni aman dan damai..
renung2 kan, amal2 kan..
thnx for viewing friends ! u're welcome to drop some comments kay ! XD
sekian sahaja utk entry kali ini..smoga ketemu lg di laen hari..
astalavesta bebeyh ~
wassalam